Langkah Pertama :
Print Lampiran A
- pastikan maklumat sudah diisi sebelum diprint.
- biarkan KOSONG bahagian no siri money order tu (nanti boleh tulis tangan sahaja)
!!!siapa yang nak taip no siri tu, boleh juga. Tapi sis tak buat macam tu sebab nak cepat,.. kalau nak print, kenalah datang sekali lagi
Langkah Kedua :
Datang ke pejabat pos dan minta borang untuk money order di kaunter.
Jangan lupa ambil nombor giliran tau.
Ni pula contoh borang money order
Langkah Ketiga :
Isi lengkap borang tu. Kalau tak pasti, takpayah isi. nanti mereka akan tolong juga. Bahagian no kad, jantina dan benda tak berkaitan tak payah isi. Tapi no telefon, warganegara, hubungan, tujuan dan pekerjaan kena tulis (nanti lihat contoh di langkah terakhir ya).
Ini contoh borang yang saya isi. Tak lengkap sebab tak pasti. |
Langkah Keempat :
Kalau nombor giliran sudah dipanggil, pergi kaunter dan bagi borang, ic dan duit RM202. RM 2 tu caj yang dikenakan oleh poslaju. Tunggu sehingga diberikan resit dan ala ala cek money order tu.
Langkah Kelima :
Beli sampul dan masukkan money order dan borang lampiran A (jangan lupa tulis no siri money order tu). Saya masukkan dalam sampul coklat sebelum masukkan ke dalam sampul pos tu. Alamatkan ke pengarah IPG masing-masing ya.
- sampul biru untuk sabah ke semenanjung atau semenanjung ke sabah
- sampul oren untuk domestik. cth dalam sabah sahaja.
Tulis guna tangan No siri money order tu |
Masukkan dalam sampul : Lampiran A dan money order. |
Ni contoh muka hadapan sampul coklat saya. Kalau tak nak tulis pun takpa. Sebab kena masukkan dalam sampul pos laju juga. |
Langkah Keenam :
Masukkan sampul coklat yang sudah berisi lampiran A dan money order tu ke dalam sampul pos laju (biru or kuning) tu. Kemudian isi borang pos laju dan poskan. Siappp. BOLEH KONVO DAH!!!
Contoh borang untuk sampul pos laju. |
Ni pula resit bayaran. |
borang yang telah siap diisi dengan bantuan pegawai pos |
Peringatan : !!!
Pastikan No siri MONEY ORDER ditaip semula di borang LAMPIRAN A dan print. Bawa borang ini semasa hari pendaftaran konvokesyen.
Pastikan No siri MONEY ORDER ditaip semula di borang LAMPIRAN A dan print. Bawa borang ini semasa hari pendaftaran konvokesyen.
Good Luck semua...
No comments:
Post a Comment