Thursday, July 11, 2019

Akaun MYBSN Suspended and OTP unsuccessfull


Hai...
Bertemu kita dengan entri hari ini mengenai akaun MYBSN ONLINE yang disekat dan diminta untuk mengubah password melalui Forgot Password. Lihat gambar di bawah :


Akaun ni tak boleh masuk walaupun password betul. So kena reset password di bahagian Forgot Password.
Benda ni senang ja sebenarnya. Tapi sis ada masalah pula dengan OTP Unsuccessfull. OTP ni macam TAC juga. Hairan juga sebab sebelum ini okay ja buat perbankan online. So, sis pun ke Branch BSN, namun mereka suruh sis call Customer Service BSN pula. So sis pun call dan persoalan pun terjawab. Rupanya, nombor untuk OTP berlainan dengan TAC. Nombor TAC boleh didaftarkan melalui ATM. Tetapi nombor untuk OTP kena daftar di BSN sahaja sebagai nombor personal.

Jadi ada baiknya, untuk mendaftar nombor telefon anda semasa membuka akaun BSN ya kawan-kawan.

Okay baiklah sis teruskan untuk langkah yang perlu dibuat sekiranya anda mempunyai masalah OTP untuk reset password.

Langkah Pertama :
Pergi ke Branch BSN dan ambil borang untuk update maklumat akaun BSN. Pergi ja kaunter and bagitau yang kamu nak tambah nombor telefon dalam maklumat akaun BSN. Paling penting jangan lupa ambil nombor giliran.πŸ˜‡


Langkah Kedua :
Bila nombor giliran dipanggil, datang ke kaunter dan bagi borang tu. Kemudian dia akan ambil cap ibu jari. Jeng jeng SIAP URUSAN. Nanti dia akan bagitahu untuk tunggu 3 hari barulah akaun BSN anda diupdatekan. Ini kerana, mereka kena hantar maklumat akaun tu ke HQ KL. Tapi bagi kes saya, sehari ja dah kena update.

Langkah Ketiga :
Ha ni paling senang. Buka komputer, buka chrome dan masuk laman web BSN. Kemudian klik Forgot Password. 




Kemudian, paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Isi maklumat tu.


Dah isi tekan submit and Request OTP. Kalau OTP unsuccessful masih muncul, maksudnya akaun anda masih belum diupdate oleh BSN. So kenalah sabar ya. Tapi kalau berjaya, maka terpaparlah gambar seperti ini :

Ini maksudnya, no OTP tu sudah di hantar di nombor yang korang daftar.

Langkah Keempat :
Masukkan nombor OTP dan anda sudah berjaya😍😍😍
Try buka MYBSN. Mesti rasa puas kan.


Peringatan : Kalau nak cepat guna MYBSN (perbankan online ni), salah satu alternatif yang boleh digunakan ialah dengan menukar kad atm anda. Kalau buat cara ini, anda boleh kemaskini nombor akaun anda on the spot. Tapi kena bayar lah. Tak silap saya RM12. 


Wednesday, July 10, 2019

Halaman Utama

Selamat datang ke blog saya. Saya Rofella Frista merupakan guru pelatih dari IPGK Sultan Abdul Halim. Major saya ialah Sejarah Pendidikan Rendah dan Minor saya ialah Pendidikan Kesihatan. Saya berasal dari Tambunan Sabah. Blog ini merupakan himpunan pengalaman yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.

Cara Bayar Wang Pos Untuk Konvokesyen IPGM

Haiii, mesti ramai yang bingung atau tak tahu cara untuk bayar wang pos untuk konvo ipgmkan? So, hari ini sis nak kongsi sedikit tentang pengalaman sis semasa berurusan untuk bayaran wang pos ni. 

Langkah Pertama :
Print Lampiran A

  • pastikan maklumat sudah diisi sebelum diprint. 
  • biarkan KOSONG bahagian no siri money order tu (nanti boleh tulis tangan sahaja)

!!!siapa yang nak taip no siri tu, boleh juga. Tapi sis tak buat macam tu sebab nak cepat,.. kalau nak print, kenalah datang sekali lagi

Langkah Kedua :
Datang ke pejabat pos dan minta borang untuk money order di kaunter.
Jangan lupa ambil nombor giliran tau.


Ni pula contoh borang money order



Langkah Ketiga :
Isi lengkap borang tu. Kalau tak pasti, takpayah isi. nanti mereka akan tolong juga. Bahagian no kad, jantina dan benda tak berkaitan tak payah isi. Tapi no telefon, warganegara, hubungan, tujuan dan pekerjaan kena tulis (nanti lihat contoh di langkah terakhir ya).

Ini contoh borang yang saya isi. Tak lengkap sebab tak pasti.

Langkah Keempat :
Kalau nombor giliran sudah dipanggil, pergi kaunter dan bagi borang, ic dan duit RM202. RM 2 tu caj yang dikenakan oleh poslaju. Tunggu sehingga diberikan resit dan ala ala cek money order tu.


  

Langkah Kelima :
Beli sampul dan masukkan money order dan borang lampiran A (jangan lupa tulis no siri money order tu). Saya masukkan dalam sampul coklat sebelum masukkan ke dalam sampul pos tu. Alamatkan ke pengarah IPG masing-masing ya.
  • sampul biru untuk sabah ke semenanjung atau semenanjung ke sabah
  • sampul oren untuk domestik. cth dalam sabah sahaja.

Tulis guna tangan No siri money order tu

Masukkan dalam sampul : Lampiran A dan money order.

Ni contoh muka hadapan sampul coklat saya. Kalau tak nak tulis pun takpa. Sebab kena masukkan dalam sampul pos laju juga.



Langkah Keenam :
Masukkan sampul coklat yang sudah  berisi lampiran A dan money order tu ke dalam sampul pos laju (biru or kuning) tu. Kemudian isi borang pos laju dan poskan. Siappp. BOLEH KONVO DAH!!!

Contoh borang untuk sampul pos laju.

Ni pula resit bayaran.

borang yang telah siap diisi dengan bantuan pegawai pos

Peringatan : !!!
Pastikan No siri MONEY ORDER ditaip semula di borang LAMPIRAN A dan print. Bawa borang ini semasa hari pendaftaran konvokesyen. 


Good Luck semua...