Hai...
Bertemu kita dengan entri hari ini mengenai akaun MYBSN ONLINE yang disekat dan diminta untuk mengubah
password melalui
Forgot Password. Lihat gambar di bawah :
|
Akaun ni tak boleh masuk walaupun password betul. So kena reset password di bahagian Forgot Password. |
Benda ni senang ja sebenarnya. Tapi sis ada masalah pula dengan OTP
Unsuccessfull. OTP ni macam TAC juga. Hairan juga sebab sebelum ini okay ja buat perbankan online. So, sis pun ke
Branch BSN, namun mereka suruh sis call
Customer Service BSN pula. So sis pun call dan persoalan pun terjawab. Rupanya, nombor untuk OTP berlainan dengan TAC. Nombor TAC boleh didaftarkan melalui ATM. Tetapi nombor untuk OTP kena daftar di BSN sahaja sebagai nombor personal.
Jadi ada baiknya, untuk mendaftar nombor telefon anda semasa membuka akaun BSN ya kawan-kawan.
Okay baiklah sis teruskan untuk langkah yang perlu dibuat sekiranya anda mempunyai masalah OTP untuk
reset password.
Langkah Pertama :
Pergi ke
Branch BSN dan ambil borang untuk update maklumat akaun BSN. Pergi ja kaunter and bagitau yang kamu nak tambah nombor telefon dalam maklumat akaun BSN. Paling penting jangan lupa ambil nombor giliran.๐
Langkah Kedua :
Bila nombor giliran dipanggil, datang ke kaunter dan bagi borang tu. Kemudian dia akan ambil cap ibu jari. Jeng jeng SIAP URUSAN. Nanti dia akan bagitahu untuk tunggu 3 hari barulah akaun BSN anda diupdatekan. Ini kerana, mereka kena hantar maklumat akaun tu ke HQ KL. Tapi bagi kes saya, sehari ja dah kena update.
Langkah Ketiga :
Ha ni paling senang. Buka komputer, buka chrome dan masuk laman web BSN. Kemudian klik
Forgot Password.
Kemudian, paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Isi maklumat tu.
Dah isi tekan submit and
Request OTP. Kalau OTP
unsuccessful masih muncul, maksudnya akaun anda masih belum diupdate oleh BSN. So kenalah sabar ya. Tapi kalau berjaya, maka terpaparlah gambar seperti ini :
|
Ini maksudnya, no OTP tu sudah di hantar di nombor yang korang daftar. |
Langkah Keempat :
Masukkan nombor OTP dan anda sudah berjaya๐๐๐
Try buka MYBSN. Mesti rasa puas kan.
Peringatan : Kalau nak cepat guna MYBSN (perbankan online ni), salah satu alternatif yang boleh digunakan ialah dengan menukar kad atm anda. Kalau buat cara ini, anda boleh kemaskini nombor akaun anda on the spot. Tapi kena bayar lah. Tak silap saya RM12.